Bab 34
Sinopsis
Setelah kes Che Jah berjaya dirujuk kepada pihak polis, Abang Rashid Membawa datuk Lili ke pejabat daerah. Ketika itu juga Abang Rashid memberitahu datuk bahawa Sugi mengaku tidak terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumah yang datang memujuk orang kampung untuk menjual tanah mereka. Datuk bersetuju dengan rancangan Sugi, lalu berbail-baik dengan Pak Cik William kerana dia tidak kurang pengaruhnya dalam kalangan kontraktor kelas A di kota. Datuk turut dituduh melindungi Che Jah atas alaan memberi pekerjaan kepada Seman serta tidak mengamnil tindakan terhadap perbuatan anak-anak Che Jah, Haziq dan Rafiq yang telah menculik Lili. Danel yang merupakan adik kandung Sugi sedaya upaya menerangkan keadaan sebenar Sugi. Danel menyatakan bahawa setelah permohonan Sugi untuk membina rumah kos rendah di tanah kampung mereka ditolak, Sugi berusaha untuk membantu anak muda kampung mereka untuk melibatkan diri dalam pertanian moden. Namun begitu, Sugi belum memaklumkan hal tersebut kepada orang kampung kerana menunggu permohonannya berjaya terlebih dahulu. Rafiq pula rebah dengan hidung yang berdarah akibat pengambilan syabu yang terlalu banyak dan telah menyebabkan terdapat sistem tubuhnya yang rosak. Kak Minah telah berjanji untuk membantu Rafiq sehingga pulih. Haziq dikatakan telah mengambil dadah sehingga menyebabkan dia tertidur sepanjang hari. Che Jah pula telah mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Tema
- Masalah yang bertimpa-timpa kepada sebuah keluarga telah diselesaikan dengan bantuan jiran tetangga.
Persoalan
- Saudara kandung yang berusaha membangkang tuduhan yang dilemparkan orang lain terhadap saudaranya.
- Individu yang menyelesaikan masalah secara diplomasi.
- Sekumpulan pemuda yang mengadakan tunjuk perasaan terhadap syarikat pemaju yang ingin membeli tanah orang kampung.
- Sikap kurang kepercayaan individu terhadap penafian saudara kandung terhadap perbuatan saudaranya.
- Masalah yang bertimpa-timpa kepada sebuah keluarga telah diselesaikan dengan bantuan jiran tetangga.
- Masyarakat kejiranan yang sedia membantu jiran yang ditimpa kesusahan.
Watak dan Perwatakan
- Datuk
- Suka menolong
- Menolong Sugi dalam menafikan kemasukan dua orang wakil pemaju syarikat yang datang untuk membeli tanah penduduk kampung dengan cara berbaik-baik dengan Pak Cik William.
- Baik hati
- Memberi pekerjaan kepada Seman walaupun Seman menimbulkan masalah.
- Danel
- Bersifat melindungi
- Melindungi abangnya, Sugi dari dituduh oleh sekumpulan pemuda.
- Sugi
- Membantu orang lain
- Sugi ingin membantu pemuda kapung untuk melibatkan diri dalam pertanian moden.
- Haziq
- Mengambil dadah
- Haziq dikatakan tidur sepanjang hari kesan daripada pengambilan dadah.
- Rafiq
- Mengambil syabu
- Rafiq mengambil terlalu banyak syabu sehingga menyebabkan terdapat sistem tubuhnya yang rosak.
- Kak Minah
- Suka membantu
- Kak Minah berjanji untuk membantu Rafiq pulih daripada kesan pengambilan syabu.
- Lili
- Baik hati
- Lili menghidangkan sup herba kepada Haziq bagi melancarkan peredaran darahnya.
Latar
- Latar Masyarakat
- Masyarakat yang suka membantu.
- Datuk menolong Sugi dalam menafikan kemasukan dua orang wakil pemaju syarikat yang datang untuk membeli tanah penduduk kampung dengan cara berbaik-baik dengan Pak Cik William.
Kak Minah berjanji untuk membantu Rafiq pulih daripada kesan pengambilan syabu. - Sugi ingin membantu pemuda kapung untuk melibatkan diri dalam pertanian moden.
- Mayarakat yang baik hati.
- Lili menghidangkan sup herba kepada Haziq bagi melancarkan peredaran darahnya.
- Memberi pekerjaan kepada Seman walaupun Seman menimbulkan masalah.
- Latar Masa
- Selepas zuhur
- Kes Che Jah berjaya dirujuk kepada pihak polis.
- Abang Rashid menghantar datuk ke pejabat daerah.
- Senja
- Beberapa pemuda masih tercegat di halaman rumah bagi menunjuk perasaan.
- Danel menerangkan keadaan sebenar abangnya, Sugi.
- Nenek menyuruh Lili menunaikan solat maghrib yang hampir ke penghujung.
- Malam
- Haziq sedar dari tidurnya setelah tidur sepanjang hari.
Nilai
- Tolong-menolong
- Datuk menolong Sugi dalam menafikan kemasukan dua orang wakil pemaju syarikat yang datang untuk membeli tanah penduduk kampung dengan cara berbaik-baik dengan Pak Cik William.
- Kak Minah berjanji untuk membantu Rafiq pulih daripada kesan pengambilan syabu.
- Sugi ingin membantu pemuda kapung untuk melibatkan diri dalam pertanian moden.
- Baik hati
- Lili menghidangkan sup herba kepada Haziq bagi melancarkan peredaran darahnya.
- Memberi pekerjaan kepada Seman walaupun Seman menimbulkan masalah.
- Taat kepada agama
- Lili menunaikan solat maghrib setelah diminta oleh nenek.
Pengajaran
- Kita mestilah mengamalkan sikap tolong-menolong supaya hubungan sesama manusia dapat dieratkan.
- Datuk menolong Sugi dalam menafikan kemasukan dua orang wakil pemaju syarikat yang datang untuk membeli tanah penduduk kampung dengan cara berbaik-baik dengan Pak Cik William.
- Kak Minah berjanji untuk membantu Rafiq pulih daripada kesan pengambilan syabu.
- Sugi ingin membantu pemuda kapung untuk melibatkan diri dalam pertanian moden.
- Sebagai umat Islam kita wajib mematuhi perintah Allah S.W.T supaya hidup diberkati.
- Nenek menyuruh Lili menunaikan solat maghrib yang hampir ke penghujung.
No comments:
Post a Comment